Theme Preview Rss

Followers

ANCAMAN KESELAMATAN PC DI KAFE SIBER


Ramai sedia maklum, urusan sensitive (seperti perbankan internet) memerlukan maklumat sulit seperti nama panggilan dan kata laluan untuk mengaksesnya. Tanpa langkah keselamatan, data sulit ini boleh dicuri atau dirakam menggunakan perisian pengintip seperti keylogger. Program ini boleh merakam aksara yang ditaip menerusi papan kekunci (fizikal atau maya) dan klik butang tetikus. Selain keylogger, penipuan e-mel dan tapak web palsu juga boleh memperdayakan pengguna agar menyerahkan data sulit tanpa syak wasangka. Malangnya, helah ini berjaya memperdayakan orang sehingga membabitkan kerugian berpuluh ribu ringgit.

CARA MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN

1. Hapuskan jejak – jejak internet seperti fail cache, cookies dan fail sementara boleh dihapuskan melalui fungsi yang terdapat pada pelayar web seperti Internet Explorer dan Firefox. Kamu boleh menggunakan pelayar web khusus seperti Browzar atau perisian penghapus jejak percuma yang ada dalam internet.

2. Pengimbas dalam talian – jika kafe siber tidak dilengkapi perisian antivirus atau hanya dilengkapi versi yang tidak dikemas kini, kamu boleh mencuba pengimbas dalam talian seperti McAfee. Biasanya, kamu perlu mengubah beberapa ketetapan pada pelayar web untuk membolehkan imbasan jarak jauh dibuat.

3. Pengimbas mudah alih – gunakan pengimbas mudah alih seperti MWAV atau Portable Antivirus untuk memastikan tiada jangkitan virus, spyware, adware, Trojan, keylogger dan sebagainya. Selain PC, anda juga perlu mengimbas media atau storan yang dihubungkan/digunakan seperti USB flash atau disket.

4. Aplikasi bantuan – perlu diingatkan bahawa sesetengah program nakal seperti keylogger cuba disorok dalam system. Namun, sesetengah pengguna yang mahir boleh mengesan kehadirannya dengan bantuan aplikasi seperti TaskManager, DTaskManager, Processes atau berdasarkan input dalam ruang Registry.

5. Gunakan pelayar web selamat – kalau boleh, gunakan pelayar web yang boleh dimuatkan dalam storan USB flash seperti Firefox Portable. Pelayar web ini dikatakan lebih selamat berbanding versi terdahulu Internet Explorer. Ia dilengkapi fungsi yang berupaya mengesan tapak web palsu dan tetingkap popup.

6. Gunakan storan dan perisian mudah alih – simpan data sulit seperti kata laluan dalam perisian pengurus kata laluan berasaskan USB seperti Keepass dan Password Safe. Apabila menggunakannya kamu hanya perlu menyalin dan menampal kata laluan – bagi mengelak aksara yang ditaip dirakam oleh keylogger.

7. Selalu menukar kata laluan – bagi meningkatkan tahap keselamatan kata laluan, ia boleh ditukar selalu. Pastikan ia unik, sukar diteka dan jangan gunakan kata laluan serupa untuk pelbagai aplikasi. Jangan dedahkan kepada sesiapa sahaja termasuk yang mendakwa sebagai pihak bank (ini mungkin penipuan).

8. Sekat tetingkap popup – berhati-hati apabila mengklik mesej popupyang tidak dijangka atau membuka sisipan e-mel atau mengklik pautan (link) dalam e-mel, dari sumber yang tidak diketahui. Tetingkap ini boleh disekat menggunakan penyekat popup pada pelayar web atau gunakan perisian penyekat popup.

9. Berhati-hati dengan perangkap tapak web berisiko – penjenayah boleh menggunakan sesetengah tapak web untuk memindahkan program nakal ke dalam PC yang kemudiannya boleh mengutip kata laluan. Ancaman ini boleh dibendung/dihindari jika system dilindungi firewall dan antivirus yang dikemas kini.

10. Gunakan fungsi “sign out” – tapak web yang menawarkan akaun (seperti perbankan internet dan e-mel) biasanya dilengkapi cirri “sign out” untuk keluar dari ruang selamat yang diakses. Klik pada butangnya setiap kali urusan selesai. Ini untuk mengelak oang lain mengakses atau kembali ke ruang berkenaan.

11. Uji antivirus – kamu boleh menguji tahap kesediaan antivirus yang melengkapi sesebuah kafe siber itu menggunakan fail eicar – boleh dimuat turun (download). Jika fail ini dikesan, bermakna antivirusyang dipasang itu ‘bersedia’. Tetapi, ujian ini bukan jaminan perisian antivirus boleh mengesan virus baru.

12. Guna khidmat bookmark – kalau boleh sediakan bookmark dalam talian yang memudahkan kamu untuk mengunjungi kembali laman web tertentu. Ini termasuklah pautan (link) pengimbas virus dalam talian dan pengimbas mudah alih. Kamu boleh menggunakan khidmat bookmark popular seperti del.icio.us.

0 yang ngomen: