Theme Preview Rss

Followers

Maksim - The Fight Of The Bumblebee

video
video nie dah lama.. dari aku skolah dulu dah.. puas aku carik mp3 die tapi x jumpe. sonok sangat aku tengok die men piano. cam ada seploh tangan jer. laju giler. best lak tu. kalo ada sape2 yang ada mp3 maksim bitau ler aku. x kisah la yang mane. tapi keutamaan diberikan kepada lagu nie. macam nak apply keje r lak ada yang diberi keutamaan.

habis pasal maksim. ari nie kelas aku start pukul 12.30 sampai pukul 3.30 ptg jer. ada 2 kelas. aku pum amek peluang untuk tido sepuas ati. (puas la sangat). dalam pukul 11 aku pun siap2 la nak pegi kelas. tapi aku melalui keadaan yang x seberapa menyeronokkan.

masa naek bas tu dah la kena berdiri. dengan kaki yang sakit (jalan pun terdongket-dongket) aku pun berdiri jer la. agak sengal la jugak kaki aku berdiri kat dalam bas tu.

bas pun bergerak selaju adanya. dalam keadaan yang agak lambat dah nak p kelas, aku pun menambahkan penggelabahan dalam minda aku. takut ler. dah la first class aku pastu datang lambat lak.

tetibe..!!! pakcik drebar tu tak berenti kat DKG4 tempat sepatutnye kelas aku dilangsungkan. die laju jer terus. aku pun tambah la ajinomoto dalam gelabahan aku tu. hampir setengah bakul jugak aku marah kat pakcik tu. asyik layan hindustan jer sampai lupa nak berhenti. aku dah naek meluat dengar lagu kat dalam bas tu.

terpaksa la aku menggagahkan diri jugak untuk tunggu pakcik drebar tu buat U-Turn yang agak jauh dari tempat kejadian. lastly pakcik tu berenti la kat tepi jalan bertentangan dengan bustop kat DKG4 tu. aku pun dengan berhati-hati dan tanpa melihat kiri dan kanan terus melintas jalan untuk ke kelas.

nasib baik selamat n masa tu lecturer aku tak masuk lagi. nasib laaaa....

1 yang ngomen:

Anonymous said...

request accepted...

http://www.aimini.net/search/?q=maksim&crpl=4cd-kaqfo0-a&tot=j&nxt=10