Theme Preview Rss

Followers

gelombang minda....

Apabila anda mengingati seseorang dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah menghantar gelombang minda kepada orang berkenaan. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insya-ALLAH dia akan mengingati yang baik-baik juga tentang anda.

Maka kerana itulah, sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama tidak anda temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang diri anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur.

Barangkali kerana itulah, sesetengah gelombang minda ini lambat sampai kerana begitu banyak berdepan dengan cabaran dalam pengembaraannya. Tatkala A teringatkan B dan A segera menghubungi B, B sudahpun memikirkan hal lain. Mungkin B akan berkata, “Ya, saya memang terkenangkan awak tetapi itu tiga hari lepas.”

Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunyai jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri ibu dan anak, adik-beradik kembar dan rakan seiras.

Apakah anda tidak merasakan betapa imaginasi sebenarnya mampu melakukan jauh lebih hebat daripada apa yang anda fikirkan?

0 yang ngomen: