Theme Preview Rss

Followers

banjir

Seorang lelaki duduk di depan garaj keretanya apabila hujan mula menitis. Semakin lama, semakin lebat, air mula melimpahi longkang besar di depan rumahnya, lalu jadilah banjir kilat. Air terus naik sehingga sampai ke garaj tempat lelaki itu berada.

Sejam kemudian, sebuah bot penyelamat datang. Pasukan penyelamat itu bertanya, “Encik nak bantuan tak?”

“Tak perlu! Tuhan akan melindungi saya,” jawab lelaki itu sambil berdiri di dalam air yang sudah paras lututnya.

Hujan terus lebat. Dua jam selepas itu, ketika lelaki berkenaan sedang berdiri di atas beranda, datang lagi sebuah bot penyelamat. “Encik nak bantuan tak?” tanya anngota pasukan penyelamat itu.

“Tak perlu. Tuhan akan melindungi saya!” jawab lelaki berkenaan sambil tersenyum.

Hujan terus turun mencurah-curah. Tiga jam berlalu, ketika lelaki itu berdiri di atas bumbung rumahnya, sebuah helicopter sampai dengan membawa sepasukan anggita penyelamat.

“Mari kami selamatkan encik! Banjir makin teruk, nanti encik lemas!” jerit anggota penyelamat dari dalam helicopter.

Lelaki itu tetap menolak, “Tak apa, Tuhan akan lindungi saya!”

Empat jam kemudian, air naik lagi dengan diiringi rebut dan petir. Akhirnya, rumah lelaki itu runtuh dan dia dihanyutkan banjir. Lelaki itu terkapai-kapai, dan ketika nafasnya tercungap-cungap hampir mati, lelaki itu sempat memarahi Tuhan. Dalam hatinya lelaki itu menyumpah, “Tuhan! Aku sayangkan Engkau, tapi Engkau tak selamatkan aku?!!!”

Tiba-tiba lelaki itu terdengar satu suara, “Bukankah tadi Tuhanmu sudah hantarkan dua buat bot dan sebuah helicopter untuk menyelamatkan kau?”

0 yang ngomen: