Aku rasa cukup setakat ni je penglibatan aku dalam dunia maya ni. Aku dah x larat nak tanggung segala2 benda ni. Tahniah kepada sesiapa sahaja yang sedang berusaha menghancurkan hidup aku. Anda hampir Berjaya. Honestly aku rasa terlalu sakit dengan semua ni n aku rasa aku x perlu ada dikalangan korang. Untuk apa sekiranya kehadiran aku sekadar mengundang rasa tidak senang pada orang lain. Apa guna sekiranya kewujudan aku dijadikan sebab atas pergaduhan orang lain.
Aku dah terlalu penat menangis. Kenapa kisah silam aku yang paling bermakna, paling manis dalam hidup aku perlu dijadikan cerita sedangkan wataknya sendiri tidak pernah menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Dan kenapa nama aku perlu dikaitkan sedangkan orang lain yang bermain perasaan? Aku cuma kisah silam dia. Tak lebih daripada tu. Dan kenapa aku perlu jadi mangsa untuk kehilangan sesuatu yang aku paling sayang? Kehilangan dia dengan cara macam ni?
Mungkin aku terlalu berpura-pura selama ni. Berpura-pura untuk berfikiran positif dan menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka. Aku terlalu yakin Tuhan bagi ujian pada aku setakat yang aku mampu. Aku dah x punya kekuatan nak hadapi semua ni. Aku Cuma manusia biasa. Sama macam orang lain, ada hati, ada perasaan, ada akal. Ya Allah, tolong jangan tambah dugaan ni. aku dah x mampu…
Awak, sy xtaw adakah satu hari nanti awak akan baca atau tak apa yang saya taip ni tapi saya harap sangat yang awak taw…awak lah perkara terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya..saya tak pernah sedikit pun salahkan awak atas ape yang jadi antara kita sebab saya kenal awak macam mana. Sejujurnya kalau boleh saya xnak kehilangan awak tapi saya xda pilihan. Untuk apa saya terus ada sedangkan hati awak dah mula membenci saya.
Kakak, aku taw ko takkan setuju dengan apa yang aku akan buat sebab tu aku tak nak bgtaw ko. Ko kakak n sahabat paling baik yang aku pernah ada. Ko sentiasa ada disisi aku Cuma kadang-kadang aku terlalu leka sampai xsedar kewujudan ko. Terima kasih sebab susahkan diri untuk selesaikan segala benda ni. kak, ko taw kan aku nak sangat jumpa ko kat dunia ni tapi sekarang ni aku rasa macam impan aku dah jadi angan2..
Betul kata En.M, manusia ni kita tak boleh nak jangka. Walau baik macam mana pun kita buat kat dia, belum tentu dia akan balas baik. So, kita kena sentiasa bersedia dengan apa yang bakal terjadi. Aku tak kisah pun ko nak tipu aku ke ape walaupun aku taw cerita sebenar. Pada aku, tu hak ko. tapi nape perlu ko masuk campur urusan aku? Seingat aku, aku x pernah pun kacau ko. aku masih waras lagi n ingat lagi yang ko ni kawan aku, sebab tu aku x pernah marah ko depan2. Aku tak nak ko terasa. Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak maki je orang macam ko ni.
Aku taw ada orang yang akan cakap aku ni pengecut sebab tindakan aku ni. Takpe, aku terima. Memang aku pengecut, aku takut satu ari nanti aku tak mampu nak hadapi semua ni. so, baik aku undur diri sebelum aku sendiri yang tersungkur.
Dalam kisah ni, aku akan jadi watak seorang yang akan sentiasa menangisi kehilangan orang2 yang disayangi. Aku akan jadi watak yang akan berdendam dengan orang yang Berjaya memusnahkan hidupnya. Aku akan jadi watak seseorang yang akan sentiasa mencuba untuk melupakan kisah silamnya sedangkan dia sendiri sedar yang dia tak mampu buat semua tu…..
Aku harap entry ni akan jadi entry terakhir aku. Aku takkan delete blog ni sebab banyak kenangan aku kat sini. Lepas ni aku tak ganggu korang lagi dengan ‘sambutan hari sabtu’, pantun2 gila aku di pagi2 hari, dengan ucapan raya aku yang tak tentu hala, dengan soalan ‘apa perasaan ko kalau……’. Korang pun tak perlu lagi layan mesej2 aku yang gila tu. I’m Unknown that always will be Unknown. Aku boleh hidup walaupun menderita.